KONSEP PEMINJAMAN KOSA KATA: SUATU TINJAUAN TERHADAP SOROTON LITERATUR [THE CONCEPT OF LOANWORD: AN OVERVIEW OF LITERATURE]

Abstract

Makalah ini membincangkan konsep dan definisi peminjaman kosa kata dalam kajian lepas. Peminjaman kosa kata atau juga disebut sebagai penyerapan kosa kata merupakan istilah yang sering digunakan dalam kajian kosa kata asing dalam bahasa Melayu. Terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli linguistik terhadap penggunaan istilah yang merujuk kepada kemasukan kosa kata asing ke dalam bahasa ibunda. Sehubungan dengan itu, kajian ini menghuraikan konsep dan definisi peminjaman dan batas peminjaman secara terperinci. Selain itu, pengaruh ‘substratum’ dan pertukaran kod turut dijelaskan kerana wujud  kekeliruan dan pertindanan antara peminjaman, pengaruh ’substratum’ dan pertukaran kod dalam masyarakat bilingual dan multilingual. Huraian peminjaman serta contoh kosa kata tertumpu kepada peminjaman kosa kata asing dalam bahasa Melayu seperti kosa kata Sanskrit, Arab, dan Inggeris. Hasil penelitian mendapati istilah peminjaman kosa kata lebih sesuai digunakan kerana sesuatu kata yang dipinjam tidak akan menjadi milik sesuatu bahasa yang meminjam walaupun kata tersebut telah lama digunakan sehingga masyarakat beranggapan kata tersebut merupakan kata asli dalam bahasa mereka.

PDF