PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB [PERCEPTION OF SECONDARY SCHOOL STUDENTS TOWARDS THE LEARNING OF ARABIC LANGUANGE]
PDF

Keywords

Pembelajaran Bahasa Arab
Persepsi
Minat
Motivasi

Abstract

Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa kedua dalam sistem pendidikan Malaysia adalah salah satu perkara yang paling penting dalam penyebaran bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan pelajar sekolah menengah dalam mempelajari bahasa Arab. Kajian ini juga mengenal pasti minat pelajar untuk belajar bahasa Arab dan membincangkan kepentingan minat dalam mempelajari bahasa Arab. Di samping itu, kajian ini mengenal pasti motivasi yang mempengaruhi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam menganalisis soal selidik yang diedarkan. Kajian ini menganalisis soal selidik untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama mengenai maklumat demografi, bahagian kedua, pandangan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab, ketiga minat para pelajar dalam mempelajari bahasa Arab dan motivasi para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab. Kajian ini memilih pelajar sekolah menengah daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pelajar menyedari akan kepentingan mempelajari bahasa Arab. Semoga hasil kajian ini dapat memberikan manfaat dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab.

PDF